Friday, 14 March 2014

Ladang yang Sesuai Untuk Menternak Lembu

Ciri-Ciri Kesesuaian Ladang





  • Luas kawasan sawit (minimum) 400 hektar.
  • Sebagai panduan asas, tanaman sawit berumur tidak kurang daripada 5 tahun dan tidak melebihi 15 tahun.
  • Tiada ternakan ruminan lain yang berkeliaran berhampiran atau dalam kawasan sawit yang hendak digunapakai untuk projek.
  • Kawasan di bawah sawit mempunyai rumpai (makanan lembu) yang mencukupi.
  • Kawasan berbukit-bukau dan kecerunan melebihi 450 tidak digalakkan, kecuali yang berteres.
  • Sebahagian besar kawasan tidak mudah ditenggelami air terutamanya pada musim tengkujuh.
  • Kawasan projek tidak dikategori sebagai tanah gambut.
  • Tidak bersempadan dengan hutan simpan dimana diketahui terdapatnya binatang buas seperti harimau.

  • Kesesuaian tanaman kekal seperti di atas boleh didapati dalam beberapa bentuk seperti berikut :

    Ladang Persendirian
    Kebiasaannya kawasan ladang dimiliki sepenuhnya oleh tuan punya ladang. Manakala Felda berpeneroka yang mempunyai kawasan yang kecil bagi setiap pemilik mestilah mengamalkan sistem blok sehingga mencukupi kawasan yang diperlukan.

    Ladang Swasta
    Kawasan ladang dimiliki sepenuhnya oleh swasta. Ladang swasta yang tidak menjalankan projek PINTAR dan membenarkan pihak lain mengguna, hendaklah memberi kebenaran bertulis kepada pengusaha yang berminat melalui perjanjian yang dipersetujui bersama. Perkara-perkara seperti kadar sewa tahunan, komisyen jualan ternakan dan keselamatan ternakan perlu diputuskan melalui perjanjian.


    Ladang Kerajaan
    Kawasan ladang yang dimiliki sepenuh atau Ladang sawit yang sesuai (umur pokok sawit yang berumur 5 tahun ke atas)

    Thursday, 20 February 2014

    Ternakan Ikan Dalam Kolam

    Ternakan Ikan dalam tangki Polythelene (PE) merupakan sistem ternakan alternatif kepada sistem-sistem ternakan air tawar yang lain. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan ruang kawasan yang luas, tidak perlu membina kolam, kurang tenaga buruh dan boleh dijadikan sebagai hobi untuk memperolehi pendapatan secara sampingan. Walau bagaimanapun sistem ini hanya sesuai kepada ternakan spesis ikan keli (Clarias gariepinus), puyu, tilapia serta beberapa spesis ikan hiasan yang lain. Terdapat dua jenis reka bentuk tangki (PE) iaitu berbentuk segiempat sama dan bulat yang bersaiz antara satu hingga lima tan metrik dalam dua jenis warna hitam dan biru. Penternak digalakkan menggunakan tangki berwarna biru kerana senang untuk melihat tumbesaran ikan dan mengesan kekotoran berbanding dengan tangki berwarna hitam. Untuk tujuan ternakan ikan, tangki berbentuk bulat digalakkan, manakala asuhan benih ikan tangki berbentuk segiempat sama digalakkan. Untuk menyediakan tangki baru sebelum memulakan ternakan, langkah2 berikut perlu diambil:
    • Tangki yang baru diperolehi perlu dibersihkan dengan teliti agar bahan kimia tidak memberi kesan negatif kepada benih ikan yang dilepaskan

    • Tangki baru perlu diisi dengan air yang bersih sehingga keparas maksimum dan dibiarkan selama seminggu untuk menyahkan kesan bahan kimia. Adalah lebih baik jika air dialirkan terus untuk mengurangkan kesan toksik.
    Untuk Tangki yang telah lama digunakan beberapa langkah perlu diambil:
    • Selepas kutipan hasil dijalankan, dinding dan dasar tangki perlu dibersihkan untuk membuang lumut, najis dan sisa makanan.
    • Tangki dicuci dengan larutan garam berkepekatan 10gram/liter dan jemur selama 2 hingga 3 jam untuk membunuh parasit agen penyakit. Kemudian bilas dengan air bersih dan keringkan.
    Langkah-langkah berikut perlu diambil sebelum memasukkan air kedalam tangki:
    • Sebelum memasukkan air, tangki dan sistem diperiksa bagi memastikan tiada sebarang kebocoran.

    • Masukkan air bersih sedalam 15cm dan tambahkan dengan 15cm air hijau supaya paras air menjadi 30cm

    • Tambahkan satu liter Efektif Mikroorganisma-EMAS 2 kedalam tangki ternakan untuk meningkatkan mutu air dan memperkayakan kandungan plankton yang merupakan makanan semulajadikepada ikan ternakan.
    Bagi benih ikan keli bersaiz 10gram seekor atau 7.5cm, kadar yang sesuai adalah antara 150 ekor hingga 200 ekor semeter persegi. Biasanya benih keli dibungkus di dalam beg plastik dan berisi gas oksigen. Rendam beg plastik selama setengah jam atau sehingga suhu air kedua-duanya sama. Buka beg plastik dan lepaskan benih kedalam tangki ternakan.
    Makanan tersebut dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu 437.5gram diberi pada sebelah pagi dan 437.5gram diberi pada sebelah petang pada jam 6.00 ptg. Makanan perlu diberi pada waktu senja kerana pada masa itu ikan keli sedang aktif dan kadar metabolisme adalah tinggi bagi membantu meningkatkan penghadaman. Makanan juga boleh direndam didalam EM untuk mempercepatkan tumbesaran ikan.Makanan diberi secara menabur sedikit demi sedikit sehingga habis dimakan oleh ikan . Semasa makanan diberi, penternak boleh memantau pembesaran dan kesihatan ikan. Jangan beri makanan kepada ikan ketika cuaca mendung dan hujan lebat. Ini adalah kerana ikan tidak aktif jika suhu air menjadi rendah dan ini membazirkan dan mengotorkan tangki ikan.Tangki perlu ditutup untuk mengelakkan perubahan suhu yang terlampau ketika hujan lebat. Jika julat suhu terlampau berbeza, ikan akan menjadi stress dan akan mudah diserang parasit atau agen penyakit lain. Manakala jika terlampau terdedah kepada cahaya matahari, ikan akan mendapat penyakit lecur kulit kerana air menjadi panas. Untuk mengatasi masalah ini, tangki perlu dilindungi dengan jaring orkid dengan kadar penembusan cahaya sebanyak 50%.

    Thursday, 23 January 2014

    Tanaman Anak Pokok Cili

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Ini adalah aktiviti tanaman anak pokok cili di kebun kami. Proses menanam anak pokok cili bermula pada bulan November 2013 dan mengambil masa selama sebulan untuk meghabiskan tanaman anak pokok cili yang sebanyak 250 pokok. Tujuan tanaman yang sedikit adalah untuk membuat pembenihan baru. Keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan pokok yang ditanam sebelum nie kurang menjadi dan terbantut. Jadi, untuk tanaman yang sedikit ni kami telah menyemai benih dahulu ke dalam polibeg supaya pokok lebih subur apabila dipindah di atas batas.


    Biasanya pada awal tahun ini musim panas dan kemarau. Jika ditanam terus di atas batas akan menyebabkan anak pokok terbantut kerana kekurangan air. Apabila proses semaian selesai dan menunggu selama seminggu akar pokok akan mula panjang dan sudah boleh dipindah atas batas, dan akan menyebabkan anak pokok tahan lebih lama dan cepat membesar walaupun kekurangan air. Jika ladang anda kekurangan air, musim kemarau dan ingin tanam atas tanah bolehlah gunakan teknik ini iaitu menyemai dahulu benih dalam polibeg. Sambil menyemai bolehlah mencari untung dengan menjual anak pokok. Biasanya selepas 3 hari pokok akan terus segar kerana akar anak benih cili mula berkembang dalam tanah. Dapat siram sekali sehari untuk permulaan sudah mencukupi. Jarak tanaman anak pokok cili padi antara pokok yang lain adalah 4 kaki saya tanam.