Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Ini adalah aktiviti tanaman anak pokok cili di kebun kami. Proses menanam anak pokok cili bermula pada bulan November 2013 dan mengambil masa selama sebulan untuk meghabiskan tanaman anak pokok cili yang sebanyak 250 pokok. Tujuan tanaman yang sedikit adalah untuk membuat pembenihan baru. Keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan pokok yang ditanam sebelum nie kurang menjadi dan terbantut. Jadi, untuk tanaman yang sedikit ni kami telah menyemai benih dahulu ke dalam polibeg supaya pokok lebih subur apabila dipindah di atas batas.
Biasanya pada awal tahun ini musim panas dan kemarau. Jika ditanam terus di atas batas akan menyebabkan anak pokok terbantut kerana kekurangan air. Apabila proses semaian selesai dan menunggu selama seminggu akar pokok akan mula panjang dan sudah boleh dipindah atas batas, dan akan menyebabkan anak pokok tahan lebih lama dan cepat membesar walaupun kekurangan air.
Jika ladang anda kekurangan air, musim kemarau dan ingin tanam atas tanah bolehlah gunakan teknik ini iaitu menyemai dahulu benih dalam polibeg. Sambil menyemai bolehlah mencari untung dengan menjual anak pokok. Biasanya selepas 3 hari pokok akan terus segar kerana akar anak benih cili mula berkembang dalam tanah. Dapat siram sekali sehari untuk permulaan sudah mencukupi.
Jarak tanaman anak pokok cili padi antara pokok yang lain adalah 4 kaki saya tanam.
