- Tangki yang baru diperolehi perlu dibersihkan dengan teliti agar bahan kimia tidak memberi kesan negatif kepada benih ikan yang dilepaskan
- Tangki baru perlu diisi dengan air yang bersih sehingga keparas maksimum dan dibiarkan selama seminggu untuk menyahkan kesan bahan kimia. Adalah lebih baik jika air dialirkan terus untuk mengurangkan kesan toksik.
- Selepas kutipan hasil dijalankan, dinding dan dasar tangki perlu dibersihkan untuk membuang lumut, najis dan sisa makanan.
- Tangki dicuci dengan larutan garam berkepekatan 10gram/liter dan jemur selama 2 hingga 3 jam untuk membunuh parasit agen penyakit. Kemudian bilas dengan air bersih dan keringkan.
- Sebelum memasukkan air, tangki dan sistem diperiksa bagi memastikan tiada sebarang kebocoran.
- Masukkan air bersih sedalam 15cm dan tambahkan dengan 15cm air hijau supaya paras air menjadi 30cm
- Tambahkan satu liter Efektif Mikroorganisma-EMAS 2 kedalam tangki ternakan untuk meningkatkan mutu air dan memperkayakan kandungan plankton yang merupakan makanan semulajadikepada ikan ternakan.
Makanan tersebut dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu 437.5gram diberi pada sebelah pagi dan 437.5gram diberi pada sebelah petang pada jam 6.00 ptg. Makanan perlu diberi pada waktu senja kerana pada masa itu ikan keli sedang aktif dan kadar metabolisme adalah tinggi bagi membantu meningkatkan penghadaman. Makanan juga boleh direndam didalam EM untuk mempercepatkan tumbesaran ikan.Makanan diberi secara menabur sedikit demi sedikit sehingga habis dimakan oleh ikan . Semasa makanan diberi, penternak boleh memantau pembesaran dan kesihatan ikan. Jangan beri makanan kepada ikan ketika cuaca mendung dan hujan lebat. Ini adalah kerana ikan tidak aktif jika suhu air menjadi rendah dan ini membazirkan dan mengotorkan tangki ikan.Tangki perlu ditutup untuk mengelakkan perubahan suhu yang terlampau ketika hujan lebat. Jika julat suhu terlampau berbeza, ikan akan menjadi stress dan akan mudah diserang parasit atau agen penyakit lain. Manakala jika terlampau terdedah kepada cahaya matahari, ikan akan mendapat penyakit lecur kulit kerana air menjadi panas. Untuk mengatasi masalah ini, tangki perlu dilindungi dengan jaring orkid dengan kadar penembusan cahaya sebanyak 50%.